Tutorial Langsung Bahasa Inggeris (eKelas)
7 Mac 2020 | Aktiviti TerkiniMaxis eKelas adalah inisiatif pembelajaran digital selepas sekolah yang bertujuan meningkatkan prestasi akademik pelajar di kalangan masyarakat luar bandar dan bandar. Fokusnya adalah pada tiga mata pelajaran - Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris - dari Tahun 6 hingga Tingkatan 5. eKelas menawarkan kombinasi tutorial langsung, pembelajaran kumpulan dan kandungan digital interaktif yang selaras dengan Sukatan Pelajaran Malaysia. Program ini disampaikan di Pusat Internet, yang merupakan Pusat Internet yang dikendalikan oleh MCMC yang berfungsi sebagai hub digital untuk masyarakat di kawasan yang kurang mendapat perhatian.
Pada 06 Mac 2020 yang lalu, Pusat Internet Kg Lawang telah mengadakan program bersama Maxis bagi Sesi Pembelajaran secara Tutorial langsung. Seramai 18 orang pelajar yang terdiri daripada murid-murid Darjah 6 telah hadir bagi sesi pertama pada tahun 2020 ini bagi menyertai kelas yang diberikan secara percuma ini. Kelas ini berlangsung selama satu jam. Jam berikutnya adalah bagi Tingkatan 1 hingga 5 tetapi tiada penyertaan daripada pelajar-pelajar Tingkatan 1 hingga 5 buat masa ini.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memanfaatkan kuasa platform digital bagi tujuan penambaikan bagi portal eKelas. Semoga dengan pendekatan ini lebih ramai lagi pelajar-pelajar akan datang ke Pusat Internet Kampung Lawang untuk menyertai eKelas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: